Selamat Datang Jemaah Nazir ke SMK Tun Habab

Selamat datang diucapkan kepada jemaah nazir dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor ke SMK Tun Habab. Mereka terdiri daripada Encik Nooradzhar bin Mohd Zain (Nazir Kanan Jemaah Nazir Negeri Johor) dan Encik Mustakim bin Ahmad (Nazir Sekolah Jemaah Nazir Negeri Johor). Kehadiran mereka bertujuan untuk memantau mata pelajaran Rekabentuk dan Teknologi (RBT) di sekolah ini. Mata pelajaran RBT ini merupakan mata pelajaran yang diajar di Tingkatan 1 hingga 3 yang menggantikan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. 

Copyright Themes © 2022