SMK Tun Habab
Singkatan nama sekolah yang diambil sempena nama Bendahara Kesultanan Melayu Johor ke-19, Bendahara Abd. Majid Tun Habib (Habab) Seri Maharaja Padang Saujana. Bendahara yang masyhur pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah (Mangkat Dijulang).
Keterangan Lencana
🔵 Berbentuk Bulat
Melambangkan pemuafakatan antara pelajar, guru-guru, ibu bapa dan masyarakat setempat. Ini bertepatan dengan pepatah Melayu, “Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”.
🎯 Moto Sekolah
Ilmu, Kokurikulum, Akhlak – Warga Tun Habab mementingkan aspek ilmu pengetahuan, penglibatan dalam bidang kokurikulum dan akhlak yang terpuji.
🎨 Makna Warna & Simbol
Merah: Kegigihan, kecekalan, kerajinan serta semangat yang berkobar-kobar dalam merealisasikan moto sekolah.
Biru: Perpaduan dan kesefahaman yang terjalin antara pelbagai kaum serta suasana yang harmoni.
Putih: Nilai murni dan kebersihan jiwa yang ingin dipupuk kepada seluruh warga Tun Habab.
Padi: Melambangkan kemakmuran, hasil usaha yang berbudi, serta sikap merendah diri (semakin berisi semakin tunduk).