Sekitar Pemantauan Jemaah Nazir Negeri Johor

Pada 7 dan 8 Mei 2024, SMK Tun Habab telah menerima kehadiran 3 orang nazir dari Jemaah Nazir Negeri Johor. Mereka hadir untuk memantau pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Rekabentuk Teknologi (RBT) dan Kokurikulum.  Alhamdulillah, pemantauan ini berlangsung dengan baik. Menurut pengetua SMK Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha, Jemaah Nazir Negeri Johor merakamkan ucapan tahniah kepada semua guru SMK Tun Habab atas pemeriksaan pdpc RBT. Semuanya berada di tahap yang sangat baik dan diharap semua panitia juga terbaik sepertimana panitia dan guru RBT. Pengetua juga mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP Teknik dan Vokasional), Cikgu Rohaimi bin Abd. Wahid dan Cikgu Sapura binti Sapar atas pencerapan STD4. Terima kasih juga Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Norzita binti Yunos dan pasukannya yang menyediakan dokumen lengkap pelaporan kokurikulum. Syabas atas kerjasama semua.

Mereka juga telah dibawa melawat ke Bilik Operasi Kokurikulum, Bilik TVPSS dan TechnoLab. Mereka turut melihat demonstrasi menghasilkan plak oleh pengawas Pusat Sumber (dulu Duta Penggerak Digital), Mohd Najmi bin Sazali.

#Kredit kepada Cikgu Nurizzati dan Cikgu Rafidah atas sumbangan gambar

Copyright Themes © 2022