Majlis Hari Graduasi dan Pengumuman Keputusan SPM 2022

Tahniah kepada SMK Tun Habab kerana telah berjaya meningkatkan prestasi sekolah semasa SPM 2022. GPS yang dicatatkan ialah 3.07 dengan pencapaian lulus 99.27 berbanding 3.33 pada SPM yang lalu. 12 orang pelajar telah mendapat keputusan yang cemerlang dengan mendapat A bagi semua mata pelajaran. SMK Tun Habab berada pada tangga ketiga untuk pencapaian SPM secara keseluruhan di daerah Kota Tinggi.

Tahniah diucapkan kepada guru dan calon SPM 2022. Semoga ramai calon yang dapat melayakkan diri menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Copyright Themes © 2022