Kursus SLB Thinkers 2021

3 orang SLB SMK TUN HABAB menyertai kursus SLB Thinkers secara atas talian bermula 27 dan 28 April 2021. Program ini dianjurkan oleh DSLB Alumni Kota Tinggi. Program secara atas talian selama 2 hari ini memberikan ruang dan peluang untuk pelajar mengetahui dan belajar tentang kepimpinan walaupun dalam keadaan pandemik Covid19. Pelbagai input penting terutamanya berkaitan komunikasi, kepimpinan dan juga personaliti diri. Semoga dengan program dan aktiviti yang dijalankan mampu membantu SLB ini untuk menjadi lebih baik.

Kredit kepada Cikgu Norashikin binti Ishak

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022