Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab

Tajuk Gambar

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab, Kota Tinggi pada awalnya menggunakan nama Sekolah Menengah Rendah Kota Tinggi, yang mula beroperasi pada tahun 1965. Ketika itu, pembinaan bangunan sedia ada sedang dijalankan. Oleh itu, pelajar sekolah ini menumpang sementara di Sekolah Menengah Laksamana. Pada peringkat awal, bilangan pelajar sekolah ini adalah seramai 120 orang membabitkan pelajar tingkatan satu sebanyak empat buah kelas. Menjelang pertengahan tahun 1967, tiga blok bangunan dua tingkat siap dibina, dan pelajar sekolah ini mula belajar di bangunan sendiri. Jumlah pelajar kemudian bertambah, dengan empat buah kelas dibuka untuk setiap tingkatan 1, 2 dan 3.

Tajuk Gambar

Pengetua pertama yang berkhidmat di sekolah ini adalah Haji Othman Haji Abd.Hamid (1967-1973 ), beliau di bantu oleh 20 orang guru. Pada tahun 1967 juga, pelajar-pelajar tingkatan 3 pertama kali menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Nama Sekolah Menengah Rendah Kota Tinggi kemudian ditukarkan kepada Sekolah Tun Habab pada 30 September 1971, Perasmian sekolah ini dilakukan oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran, Datuk Mohamad Rahmat.

Tajuk Gambar

Nama Tun Habab di pilih mengambil sempena nama bendahara kerajaan Johor, iaitu Bendahara Abd.Majid Tun Habib Seri Maharaja Padang Saujana. Beliau masyhur dan terkenal ketika pemerintahan Sultan Mahmud Shah (Mangkat Dijulang), yang memerintah kerajaan Johor dari tahun 1685 hingga 1699.

Copyright Themes © 2022