SMK Tun Habab Terima Anugerah Platinum

SMK Tun Habab telah merangkul hadiah utama iiatu Anugerah Platinum pada Majlis Anugerah Kualiti dan Inovasi 2022 yang dianjurkan oleh Pejabat pendidikan daerah Kota Tinggi pada 31 Januari 2023. Pengetua SMK Tun Habab, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil telah menerima anugerah tersebut daripada YB Cik Norlizah binti Noh yang memegang portfolio sebagai Pengerusi JK Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor.  Cikgu Zakaria juga menerima Anugerah Guru Inspirasi bagi Pengurusan Cemerlang Pembangunan Bakat Murid dan Akademik.  Turut menerima anugerah lain ialah Cikgu Norashikin binti Ishak bagi Program Kesenian Kebudayaan, Bahasa dan Kaunseling Asrama Peringkat Kebangsaan  dan Cikgu Mohd Nor Akmal bin Salleh bagi Penglibatan STEM Inovasi Antarabangsa.

Tahniah kepada semua warga SMK Tun Habab! 

Copyright Themes © 2022