YB Tuan Aznan Solat Jumaat di Musolla Al Habib

Pada 2 Mei 2025 yang lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Yang Berhormat Tuan Aznan bin Tamin telah berkesempatan meluang masa menunaikan solat jumaat bersama-sama dengan anak-anak SMK Tun Habab di Musolla al Habib. Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Encik Azman bin Safii, pegawai-pegawai  PPD dan beberapa orang pengetua sekolah menengah sekitar daerah Kota Tinggi turut bersama-sama menunaikan solat jumaat di sini.

Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha selaku tuan rumah amat berbesar hati menerima kehadiran para tetamu dan bapa / penjaga anak-anak SMK Tun Habab untuk solat bersama.