Kursus Paten Peringkat Negeri Johor

Pada 3 dan 4 September 2019, dua orang guru dan seorang pelajar SMK Tun Habab telah menghadiri Kursus Paten Peringkat Negeri Johor yang diadakan di Hotel Puteri Pacific , Johor Bahru. Kursus dua hari ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada semua peserta untuk menyediakan rekabentuk paten mengikut panduan dan melengkapkan dokumen permohonan.

Kursus dianjurkan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) cawangan negeri Johor. Peserta-peserta terdiri daripada pelbagai jabatan termasuk daripada SMK Tun Habab, Jabatan Bomba, UniKL, Jabatan Pengairan dan Saliran dan syarikat swasta yang lain.

Antara tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan kepada pencipta produk untuk melindungi produk mereka. Paten adalah satu hak eksklusif yang dianugerahkan untuk suatu rekacipta, sama ada ia adalah satu produk atau satu proses untuk melakukan sesuatu yang baru atau penyelesaian teknikal ke atas sesuatu masalah.

Manakala perbaharuan utiliti adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap suatu rekacipta kecil yang tidak memerlukan ujian langkah merekacipta sebagaimana yang diperlukan untuk mendapat paten.

Moga program ini akan diteruskan pada masa hadapan untuk memastikan produk ciptaan kita benar-benar dilindungi oleh undang-undang.

Encik Redzuan menyampaikan taklimat rekabentuk paten untuk memastikan produk kita betul-betul dilindungi
Taklimat daripada Encik Mohd Suhezey, urusetia MyIPO cawangan Johor
Amir Hariz (pelajar SMK Tun Habab) bertanya solan dengan fasilitator
Sebahagian peserta yang hadir
Amir Hariz bersama produk ciptaannya

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022