Penilaian Anugerah Kepimpinan Teknologi Maklumat dan Komunikasi


Pada 4 April 2019, cikgu Zakaria bin Abd. Jalil yang merupakan pengetua SMK Tun Habab telah dinilai untuk Anugerah Kepimpinan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AKTMK) peringkat kebangsaan. Penilai yang hadir ialah Dato Shahrin bin Alias dari Institut Aminudin Baki dan Tuan Haji Sushilil Azam bin Shuib (BSTP). Turut bersama mereka juga ialah para pegawai dari BTPN Johor dan Pegawai Teknologi Maklumat PPD Kota Tinggi. Penilaian dimulakan dengan pembentangan oleh tuan pengetua, sesi perbincangan dan melawat kawasan dan aktiviti yang disusun untuk AKTMK di sekolah. Seluruh warga SMK Tun Habab mendoakan agar tuan pengetua kita berjaya menjadi johan bagi kategori AKTMK yang bakal diumumkan sempena Hari Guru peringkat kebangsaan 2019. Unit ICT dan Duta Penggerak Digital Glorious Tun Habab mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022