Glorious Estrella Sertai Yayasan Petronas Chairman’s Circle Submissions

Pasukan Glorious Estrella SMK Tun Habab bakal bertanding untuk pusingan kelayakan bagi Yayasan Petronas Chairman’s Circle Submissions. Pasukan dari SM Imtiaz Terengganu layak secara automatik dalam pusingan ini kerana telah menjadi johan Pertandingan All About Youth 2019 (AAY 2019) di Melaka. Manakala Glorious Estrella yang mendapat tempat ketiga pada pertandingan AAY 2019 perlu bersaing dengan sekolah-sekolah lain untuk layak ke Yayasan Petronas Chairman’s Circle Submissions. Hanya 5 buah sekolah sahaja yang akan dipilih untuk berada pada pertandingan kali ini.

Salah satu aspek yang dinilai ialah Video Pitching dimana setiap kumpulan dikehendaki membuat video komersial untuk produk masing-masing. Bagi kumpulan yang berjaya mendapat 5000 views, markah 15% akan diberikan.

Semoga pasukan Glorious Estrella SMK Tun Habab berjaya menjadi salah sebuah pasukan daripada 5 sekolah yang layak berada dalam Yayasan Petronas Chairman’s Circle Submissions. Viel Glück! Sila layari https://www.instagram.com/p/B1_PxKBhe84/?igshid=qfg48etw0cb6

*Viel Glück adalah dalam Bahasa Jerman yang bermaksud semoga berjaya/good luck

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022