Bengkel Pemerkasaan COE 3D Printer

Pada 25 dan 27 Jun 2024, Pusat Kegiatan Guru dengan kerjasama Unit ICT PPD Kota Tinggi telah menganjurkan Bengkel Pemerkasaan COE 3D Printer di SMK Tun Habab. Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran digital kepada pelajar untuk menghasilkan produk 3D menggunakan kaedah atau perisian yang lebih mudah. 

Cikgu Khairul Anuar bin Hasan telah dijemput sebagai fasilitator untuk memberikan bimbingan kepada para pelajar untuk mereka cipta produk 3D Thinkercad.com dan mencetak denga aplikasi creality.com bagi menggunakan 3D printer. Lebih kurang 20 buah sekolah daerah Kota Tinggi telah mengambil bahagian dalam bengkel tersebut.

Copyright Themes © 2022