Kejohanan Bola Tampar MSSD Kota Tinggi

Pada 24 dan 25 Jun 2024 telah berlangsung Kejohanan Bola Tampar (Perempuan) MSSD Kota Tinggi di SMK Laksamana.  SMK Tun Habab berada di tempat keempat apabila tewas 2-1 dengan pasukan dari SMK Bandar Easter pada peringkat akhir penentuan tempat ketiga dan keempat. Manakala kategori lelaki pula berlangsung di SMK Laksamana dan SJK(C) Pei Hwa pada 26 dan 27 Jun 2024. Walaubagaimanapun pasukan SMK Tun Habab hanya mara hingga ke peringkat suku akhir apabila tewas dengan pasukan tuan rumah, SMk Laksamana.

Tahniah buat semua pengurus, jurulatih dan para peserta.

Copyright Themes © 2022