Sambutan Raya di Desa Glorious Meriah!

Pada 26 Mei 2022, SMK Tun Habah telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan SMK Tun Habab. Majlis yang dilangsung penuh meriah ini diadakan di Dewan Seri Tun Habab bertemakan Kampung Boy@DesaGlorious. Persembahan latar pada majlis ini diketuai oleh Cikgu Nurul Jalallah dan kru yang terlibat iaitu Cikgu Nurulhazhan, Cikgu Nurizzati, Cikgu Nurul Fataheyah, Cikgu Nadirah, Cikgu Suhada, Cikgu Durriyah dan lain-lain. Tahniah kepada mereka atas rekaan latar yang menarik dan kreatif.

Tepat jam 8.30 malam, marhaban bergema di Desa Glorious yang ketuai oleh Cikgu Sairi bin Surip. Diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Penghulu Desa Glorious, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil. Setelah itu, persembahan lagu raya oleh anak-anak Desa Glorious sambil jamuan makan. Hampir 30 menu disediakan oleh KGK SMK Tun Habab daripada Kambing Panggang hingga pelbagai jenis air. Daripada makanan tradisional kepada makanan barat.

Tahniah diucapkan oleh KGK kerana berjaya melaksanakan majlis sambutan ini dengan penuh meriah dan kesyukuran.

Copyright Themes © 2022