Taklimat Pengurusan ICT Tingkatan 6

Taklimat pengurusan ICT Tingkatan 6 di Makmal Perkomputeran bersama pengetua baru, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha. Makmal Perkomputeran digunakan oleh pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran ICT STPM. Mata pelajaran ICT ini terbuka kepada pelajar aliran sains dan kemanusiaan. Kemudahan yang disediakan seperti komputer riba, projektor, pencetak yang terdiri daripada pencetak laser dan pancutan dakwat serta capaian Internet. Manakala di sebelah Makmal Perkomputeran disediakan beberapa buah komputer dan pencetak yang dibuka kepada semua pelajar Tingkatan 1 hingga 6. Konsep layan diri diperkenalkan kepada semua pelajar untuk memudahkan guru yang bertugas. Pelajar akan mengira bayaran perkhidmatan dan membayar pada tempat yang disediakan. semua aktiviti pelajar menggunakan kamera. Pelajar bebas mendapat perkhidmatan seperti fotostat, cetakan, menggunakan laminate machine dan binding bila-bila masa pada harga yang rendah .

Copyright Themes © 2022