Cuti Hari Raya Aidilfitri dan Cuti Pertengahan Penggal 1 2023

Menteri Pendidikan Malaysia, YB Fadhlina binti Sidek telah mengumumkan bahawa cuti tambahan akan diberikan pada 19 dan 20 April 2023. Kemudian disambung dengan Cuti Pertengahan Penggal 1 2023. 

Seluruh warga SMK Tun Habab mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin. Jangan lupa untuk menyiapkan kerja rumah dan mengulangkaji pelajaran.

Berhati-hati di jalan raya bagi mereka yang pulang ke kampung. Jangan lupa kembali ke sekolah pada 2 Mei 2023.

Copyright Themes © 2022