Program Anakku Sayang STPM 2023

Program Anakku Sayang  telah diadakan pada 13 Jun 2023. Setiap guru dan pelajar telah dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing. Perbincangan dalam kumpulan kecil akan menyentuh beberapa perkara untuk mencapai misi 333 dan memastikan semua pelajar layak ke IPTA apabila keputusan STPM 2023 diumumkan pada tahun 2024. beberapa perkara yang dibincangkan ialah :

✔️Mengenalpasti halatuju setiap pelajar; kenali pelajar yang berpontensi mendapat PNGK 4.00.
✔️Memotivasikan pelajar agar lebih bersemangat untuk berusaha bagi meningkat prestasi dengan merujuk kepada sasaran yang telah ditentukan kepada setiap pelajar.
✔️Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar terhadap subjek tertentu; guru subjek berusaha menangani masalah tersebut.
✔️Mengenal pasti masalah peribadi yang mengganggu pembelajaran pelajar dan cadangan penyelesaian oleh guru.
✔️Terapkan amalan Anak Baik Lagi Cerdik dalam kehidupan seharian pelajar.
✔️Memastikan MISI PNGK 3.33 dan kelulusan 100% tercapai.
✔️dan lain-lain yang bersesuaian dengan program.

Copyright Themes © 2022