Pendaftaran Tingkatan 6 STPM 2022

Tahniah kepada para pelajar yang telah menerima tawaran ke Tingkatan 6 di SMK Tun Habab. Berikut adalah ketetapan yang telah dibuat oleh pihak sekolah berkaitan dengan pendaftaran pelajar : Sila ambil perhatian dan lakukan tindakan.

  • Tarikh : 25 Julai 2022 (Isinin)
  • Masa : 9.00 pagi
  • Lokasi : Dewan Seri Tun Habab
  • Bayaran Pendaftaran : RM50.00 sahaja (sila bawa duit bersama)
  • Pakaian yang dibenarkan :
    • Pelajar Lelaki mestilah berpakaian kemas (‘smart casual’) 
    • Pelajar perempuan berpakaian kemas (‘smart casual dan sopan bagi yang bukan Islam) ATAU baju kurung. 

*Selepas pendaftaran, program Halatuju Tingkatan 6 terus bermula sehingga jam 1.10 tengah hari. Pelajar MESTI terlibat sama dalam keseluruhan program.  Mohon supaya semua salinan dokumen dapat disediakan lebih awal supaya urusan pendaftaran dapat berlangsung dengan lancar. Jangan ambil lewa untuk urusan pendaftaran ini.

Salinan dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran ialah :
1. Surat Tawaran ke Tingkatan 6
2. Keputusan SPM 2021
3. Kad Pengenalan
4. Sijil Kelahiran
5. Sijil Berhenti Sekolah

Permohonan asarama juga boleh dibuat mengikut ketetapan pihak sekolah :
1. Keutamaan kepada pelajar yang tinggal jauh daripada sekolah.
2. Borang asrama akan diedarkan pada hari pendaftaran.

Copyright Themes © 2022