Seminar Kesedaran Keselamatan Maklumat

Seminar Kesedaran Keselamatan Maklumat telah berlangsung pada 15 November 2021 di SMK Tun Habab. Seminar ini telah menyasarkan audien yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 6. 

Penceramah yang dijemput adalah Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa, Ts. Dr. Zubaile bin Abdullah. Terima kasih kepada Ts. Dr. Zubaile kerana sudi berkongsi ilmu dengan guru-guru dan pelajar-pelajar Tingkatan 6. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Ruhaya binti Abd. Aziz yang telah menguruskan seminar ini. Terima kasih juga kepada pengetua SMK Tun Habab, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil yang menyokong program ilmiah seumpama ini dan Cikgu Husna binti Abd. Hadi kerana turut hadir dan memberikan sedikit ucapan penghargaan kepada pihak UTHM mewakili tuan pengetua.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022