Majlis Budimu Disanjung Jasamu Dikenang

Terima Kasih Cikgu Nur Hanisah Sarjit binti Abdullah!

Majlis Persaraan Puan Hajah Nur Hanisah telah berlangsung pada 29 Januari 2023 di Dewan Seri Tun Habab. Majlis dimulakan dengan paluan kompang dan persembahan silat mengiringi Cikgu Hajah Nur Hanisah ke dewan. Saudara Ahmad Hafizudin membacakan doa dan seterusnya ucapan wakil pelajar, saudara Daniel Hafie binti Sahri diikuti dengan ucapan daripada Cikgu Nur Hanisah dan pengetua SMK Tun Habab, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil. Penyampaian cenderamata dan persembahan nyanyian daripada kru Produksi Matahariku menutup acara Majlis Budimu Disanjung Jasamu Dikenang.

Tahniah dan semoga beliau menjalani kehidupan sebagai pesara guru dengan lebih tennag dan sejahtera mulai 28 Februari 2023.

Copyright Themes © 2022