Pemantauan Pembukaan Semula Sekolah

Pada 10 Oktober 2021 telah bermula pembukaan semula sekolah bagi negeri Johor. Untuk fasa 2 ini, hanya pelajar Tingkatan 6 Semester 2 STPM 2021 sahaja yang hadir ke sekolah.

Pihak sekolah telah menerima kehadiran Puan Nur Anida binti Ismail (Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Johor) dengan diiringi oleh Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil (SMK Tun Habab), Encik Norwanidi binti Hassan (Penolong Pegawai Unit Penilaian dan Peperiksaan, PPD Kota Tinggi), Tuan Haji Azali bin Atan (SIP+, PPD Kota Tinggi) dan Tuan Haji Hasrin bin Ab. Samad (Penolong Pegawai Hal Ehwal Murid, PPD Kota Tinggi).

Mereka telah bersama-sama melihat perjalanan pembukaan semula sekolah  dan berpuas hati dengan persediaan yang telah dilakukan oleh pihak sekolah. Pembukaan semula sekolah ini telah dilakukan mengikut SOP yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Tahniah kepada semua guru dan pelajar.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022