Percubaan Pelaksanaan Sistem Rekod Suhu

Pada 6 Disember 2021 telah dilaksanakan Sistem Merekod Suhu di SMK Tun Habab. Untuk permulaan, sistem disasarkan kepada semua pelajar Tingkatan 6.

Pengetua SMK Tun Habab mencadangkan supaya sistem ini digunakan untuk semua warga Glorious Tun Habab. Aplikasi ini sangat membantu kepada pihak sekolah dan sekaligus memudahkan tugas guru bertugas. Mulai tahun 2022, sistem ini akan digunapakai sepenuhnya bagi sesi pagi da petang.

Setinggi–tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pembangun sistem, Encik Akif Rabani (boleh rujuk Youtube dibawah ini) kerana menyediakan aplikasi datang.my ini secara percuma menggunakan platform android.  

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022