SMK Tun Habab Johan Anugerah Kokurikulum

Syabas diucapkan kepada Unit Kokurikulum SMK Tun Habab telah dipilih sebagai Johan Anugerah Sekolah Cemerlang Kokurikulum Peringkat Negeri Johor 2021 bagi kategori Sekolah Berasrama Penuh/Sekolah Kluster Kecemerlangan/Sekolah Berprestasi Tinggi.

Cikgu Norzita binti Mohd Yunos telah mewakili pengetua, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil untuk menerima trofi dan sijil daripada Tuan Haji Mohd Fadil bin Ishak, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi.

Majlis Anugerah Kokurikulum Peringkat Negeri Johor 2021 ini telah diadakan pada 17 November 2021 di Hotel Amansari, Bandar Penawar. 

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang terlibat sepanjang program kokurikulum bagi tahun 2021.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022