Mendaki : Misi 3.33 STPM 2022

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan program motivasi yang menyasarkan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 6 Semester 1 STPM 2021/2022. Program yang dinamakan Mendaki ini turut membuka ruang dan peluang kepada para pelajar untuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dengan mencatat keputusan yang cemerlang dalam STPM 2022.

Pengetua SMK Tun Habab, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil turut sama-sama memberikan motivasi kepada semua pelajar STPM 2022 untuk mencapai misi 3.33. Program 3 yang bermula pada 8 hingga 10 November in diadakan di Dewan Seri Tun Habab turut mendapat sokongan daripada guru-guru Tingkatan 6 dimana mereka turut berkongsi pengalaman melalui slot masing-masing.

Tahniah kepada Cikgu Siti Khadijah binti Omar dan Cikgu Fazliah binti Yusof kerana mengadakan program ini.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022