Pengetua Terima Anugerah Kepimpinan

Pada 8 November 2021 telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor.  Majlis dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor ini telah diadakan di Hotel Holiday Plaza. Pada majlis ini pengetua SMK Tun Habab, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil telah menerima Anugerah Khas Pendidikan Kepimpinan yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Hasni bin Mohammad (Menteri Besar Johor). Menteri Besar Johor turut merasmikan Anugerah Hari Guru Peringkat Negeri Johor 2021. Turut menerima anugerah ialah Cikgu Ku Sunira binti Ku Johari bagi kategori Seni dan Budaya.

Tahniah diucapkan kepada mereka berdua kerana berjaya mengharumkan nama daerah Kota Tinggi.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022