SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
Pengurusan Asrama Pusat Kota Tinggi (APKT) telah mengadakan Majlis Penutupan Program Kebitaraan Kesenian dan Kebudayaan Asrama Pusat Kota Tinggi pada 25 Oktober 2021.
Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Omar bin Salleh (Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Johor) secara maya dengan menggunakan aplikasi Google Meet.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada penguasa Asrama Pusat Kota Tinggi, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil yang sentiasa menyokong aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan.
Tahniah kepada semua penghuni APKT yang telah melibatkan program ini.