Cikgu Norazlina Pindah ke Perak

Pada 18 Oktober 2021 telah berlangsung Majlis Perpisahan Secara Maya bersama Cikgu Norazlina binti Mat Husin menggunakan aplikasi Google Meet. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan ringkas daripada pengetua SMK Tun Habab, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil.

Cikgu Norazlina mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua warga SMK Tun Habab sepanjang beliau berada di sini.  Beliau banyak belajar dan mengutip pengalaman selama beberapa tahun kerkhidmat dan terpaksa mengundur diri dari SMK Tun Habab dan berpindah ke negeri kelahirannya iaitu Perak Darul Ridzuan untuk memudahkan beliau menjalani rawatan pemulihan penyakit kanser yang dihidapinya.

Semoga Cikgu Norazlina tabah menghadapi dugaan dan dipermudahkan segala urusan rawatannya dan cepat sembut.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022