Lawatan Pegawai Sektor Sumber dan Teknologi

SMK Tun Habab kali ini sangta berbesar hati kerana menerima kunjungan daripada Sektor Sumber dan Teknologi, Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Kunjungan Tuan Haji Abu Bakar bin Baharom dan Encik Yu Kok Hui  yang merupakan Penolong Pengarah Sektor Sumber dan Teknologi disambut mesra oleh Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil, pengetua SMK Tun Habab, Puan Norzita binti Yunos (PK Kokurikulum), Puan Linda binti Minhat (GKMP Teknologi dan Vokasional) dan Unit ICT yang diketuai oleh Cikgu Noorazlizawatie binti Ahmad.

Kehadiran mereka adalah bertujuan untuk mengadakan kerjasama menganjurkan Pertandingan Kahoot Peringkat Kebangsaan yang bakal dilangsungkan pada tahun hadapan. Perbincangan selama dua jam ini telah diadakan di Glorious Cafe dan SMK Tun Habab telah mengambil langkah proaktif bagi menjayakan pertandingan ini dengan menyemak semula kertas kerja dan mewujudkan jawatankuasa pelaksana. Pertandingan Kahoot ini dijangka akan menarik minat pelajar bagi kategori Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. 

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022