Majlis Perasmian Pelancaran Bulan Kebangsaan

Pada 16 Ogos 2021, SMK Tun Habab telah menganjurkan Majlis Perasmian Bulan Kebangsaan peringkat sekolah. Majlis telah dimulakan pada 2.30 petang menggunakan aplikasi Google Meet. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Fadzli bin Muda. Diikuti dengan ucapan kata alu-aluan daripada tuan pengetua SMK Tun Habab, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil. Seterusnya ucapan daripada Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Tuan Haji Mohamad Fadil bin Ishak seterusnya melancarkan Bulan Kebangsaan SMK Tun Habab. Seterusnya gimik pelancaran Bulan Kemerdekaan yang dihasilkan oleh Duta Penggerak Digital SMK Tun Habab. 

Persembahan deklamasi sajak yang bertajuk Saat Kemerdekaan Kita Belum Menang hasil nukilan Cikgu Ku Sunira binti Ku Johari oleh Raja Nurul Farhana binti Raja Muhamad Putra sangat menyentuh hati semua audien mengakhiri majlis pelancaran ini. Terima kasih kepada saudara Mohd Haikal bin Mahat sebagai pengacara pada majlis ini. Setinggi penghargaan kepada semua AJK Program Sambutan Bulan Kebangsaan yang diketuai oleh Cikgu Norzita binti Mohd Yunos dan Cikgu Fadzilah binti Mohd Ali sebagai penyelaras program. Tahniah diucapkan kepada semua yang menjayakan program ini.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022