Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil dan Tazkirah Sempena Bulan Kebangsaan

Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil dan Tazkirah Sempena Bulan Kebangsaan telah diadakan pada 12 Ogos 2021 jam 7.30 malam. Bacaan Yaasin diketuai oleh Cikgu Sairi bin Surip kemudian diikuti dengan Tahlil dan Doa Selamat oleh Ustaz Ahmad Fadzli bin Muda. Pada kali ini, pihak sekolah telah menjemput Ustaz Zuhairun Najah bin Mohamad dari SMK Taman Sri Saujana untuk menyampaikan tazkirah Pengisian Kemerdekaan Dalam Islam.  Tuan pengetua SMK Tun Habab, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil turut hadir dalam majlis yang diadakan menggunakan aplikasi Google Meet.

Tahniah kepada semua yang terlibat dalam penganjuran majlis yang cukup bermakna ini.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022