Majlis Khatam Al Quran 1442H

Majlis Khatam Al Quran peringkat sekolah diadakan pada 6 Mei 2021. Walaupun pandemik Covid 19 masih belum ada penyudahnya namun program ini tetap diteruskan mengikut SOP yang telah disediakan. Enam orang pelajar telah dipilih untuk membaca Al Quran yang diketuai oleh pengerusi MPP Tingkatan 6 iaitu saudara Mohd Haikal bin Mahat. 

Bacaan akan didengar melalui siaraya. Guru-guru dan semua pelajar akan mengikuti bacaan tersebut di kelas masing-masing. Terlebih dahulu, Majlis Khatam Al Quran bagi sesi petang telah diadakan di Dewan Seri Tun Habab pada 5 Mei 2021. Kemudian diikuti sumbangan duit raya kepada pelajar-pelajar dari golongan asnaf dan anak-anak yatim yang disampaikan oleh Penolong Kanan Petang, Cikgu Fairus binti Abdul Ghani.

Tahniah kepada MAKDIS dan BADAR SMK Tun Habab kerana telah menganjurkan program ini.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022