SMK Tun Habab Terima Smartboard

Pada 4 Mei 2021, SMK Tun Habab telah menerima sebuah papan pintar  atau Smartboard. Kelebihan papan pintar :

  • Sistem interaktif antara pelajar dan guru di mana mereka berpeluang mencuba melakukan latihan di atasnya sebelum pendidik membetulkan secara automatik.
  • Memberi gambaran lebih jelas kepada pelajar di mana pelajar dapat memahami secara visual berbanding penerangan lisan yang diberikan.
  • Guru dapat memahami cara menggunakan teknologi yang terkini.
  • Guru memperkenalkan teknologi yang terkini kepada pelajar dengan cara-cara yang dapat meningkatkan pembelajaran di kelas.  
  • Untuk menggunakan teks yang ditetapkan bagi pembelajaran yang dilengkapi dengan jelas dan link secara terus ke Laman Web yang berkaitan.
  • Informasi yang digunakan relevan sepanjang P & P berlangsung.

Papan pintar turut disertakan dengan saluran Astro.

Terima kasih kepada penyumbang yang tidak mahu dikenali kerana sudi memberi sumbangan yang sangat bermakna buat anak-anak Glorious Tun Habab. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini. Kami warga SMK Tun Habab mendoakan agar Hamba Allah yang menyumbangkan papan pintar ini dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah dan sentiasa dalam rahmat Allah. Sesungguhnya janji Allah itu benar.

Papan pintar ini akan diletakkan di MyDigital Hub untuk kegunaan semua pelajar dan guru.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022