Program MAKDIS Sepanjang Ramadhan 1442H

MAKDIS SMK Tun Habab telah merancang beberapa program sepanjang Ramadhan 1442H pada kali ini.

  1. Perkongsian 1 Hari 1 HADIS pada setiap hari melalui siaraya.
  2. Buletin Glorious Ramadhan yang akan ditampal di papan kenyataan kelas masing-masing.
  3. Program Quran Hour pada hari Khamis (29 April 2021) pada pukul 7.20 pagi hingga 7.50 pagi.
  4. Majlis Khatam Al Quran Atas Talian berlangsung pada 6 Mei 2021. 5 orang pelajar terpilih untuk mengetuai bacaan khatam Al-Quran. Pelajar lain akan membaca secara serentak di kelas masing-masing pada pukul 7.20 pagi hingga 8.00 pagi.
  5. Majlis Penyampaian Sumbangan Kasih Ramadhan diadakan pada 6 Mei 2021 di Dewan Seri Tun Habab pada pukul 8.00 pagi. Sumbangan menyasarkan pelajar-pelajar Asnaf dan Anak-anak Yatim.
  6. Majlis Penyampaian Bakul Kasih Ramadhan diadakan pada 6 Mei 2021 di Dewan Tun Sri Lanang pada pukul 11.30 pagi. Sasaran kepada guru-guru dan AKP terpilih.

“Setiap satu amalan anak Adam akan dilipatgandakan pahalanya sebanyak 10 hingga 700 kali ganda. Allah SWT berfirman, selain puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Akulah yang memberinya pahala kerana orang yang berpuasa itu meninggalkan nafsu syahwat dan makanan kerana-Ku”. (HR MUSLIM)

Moga segala amal ibadat dan kebaikan yang kita lakukan akan diterima Allah serta diampunkan dosa-dosa yang lalu..

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022