Pengakap Johor Khatam Al Quran

Pandemik Covid-19 tidak menghalang Pengakap SMK Tun Habab untuk melaksanakan program Khatam Al Quran. Bermula pada 21 April 2021 hingga 10 Mei 2021, Persekutuan Pengakap Malaysia telah mengadakan program ini di peringkat negeri Johor.  Program ini dilaksanakan secara berjadual mengikut daerah masingt-masing. 

Seramai 100 orang Pengakap Malaysia Glorious Tun Habab telah menyertai program ini pada 28 April 2021 di Musolla Al Habib mengikut sesi pembelajaran masing-masing.

Tahniah kepada guru penasihat dan semua ahli Pengakap.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022