Pilihan Raya Ketua Pemimpin Pelajar 2021

Pada 26 April 2021 telah berlangsung pemilihan Ketua dan Penolong Pemimpin Pelajar SMK Tun Habab. Pilihan raya dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6 bermula jam 8.00 pagi. 

Pilihan raya kali ini mengikut SOP yang dibenarkan dan dijalankan secara manual iaitu menggunakan borang undian bagi semua pelajar. Manakala semua guru dan AKP mengundi secara atas talian.

Tahniah kepada Pengurus pilihan raya setiap tahun iaitu Cikgu Saharudin bin Abdullah dan Cikgu Rahmazaniza binti Md. Amin dengan dibantu oleh MPP Tingkatan 6 sesi 2020/2021.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022