Suntikan Vaksin Covid-19

Mulai 18 April 2021, beberapa orang guru telah dipilih atau sukarela untuk menerima suntikan vaksin Covid-19. Tahniah kepada pengetua SMK Tun Habab, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil kerana telah menjadi penerima pertama suntikan vaksin ini pada 18 April 2021. Turut menerima suntikan ialah Cikgu Hajah Hasimah binti Munajat, Cikgu Norhuda binti Omar Ali, Cikgu Khairul Anuar bin Hasan, Cikgu Normala binti Jeinaen dan Cikgu Rahmazaniza binti Mohd Amin. 

Dengan moto Lindung Diri Lindung Semua, kita mengharapkan agar penularan Covid-19 dapat dikurangkan. In Shaa Allah.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022