Kick Start : Program Mekar Modul Kesedaran Jenayah Kanak-kanak dan Remaja

Sidang Video Program Mekar Modul Kesedaran Jenayah Kanak-kanak dan Remaja telah berlangsung di SMK Tun Habab. Program ini merupakan anjuran Universiti Telnologi Malaysia (UTM) yang dirasmikan oleh Menteri Besar Johor. SMK Tun Habab telah bertindak sebagai hos bagi semua sekolah yang dijemput di negeri Johor.

Turut hadir dalm sidang video ini ialah Yang Setia DSP Nik Azham bin Nik Aziz (Timbalan Ketua Polis
Daerah Kota Tinggi), Cikgu Haji Mohamad Fadil bin Ishak (Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi), Cikgu Zakaria bin Abd Jalil (Pengetua SMK Tun Habab), Cikgu Roslan bin Mohd Noh (Timbalan PPD Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi) dan ASP Azri bin Yaacob (Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah
Keselamatan Komuniti Daerah) dari Ibupejabat Polis Daerah Kota Tinggi merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah SMK Tun Habab.

DSP Nik Azham sempat melawat beberapa buah kelas untuk menyampai sedikit pesanan dan nasihat anak-anak Glorious Tun Habab. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil selaku tuan rumah dan diikuti dengan Program Mekar yang dapat diikuti secara sidang video menggunakan platform Cisco Webex secara langsung. Seterusnya ucapan dari Yang Setia DSP Nik Azham dan diakhiri dengan penyampaian cenderamata daripada pihak sekolah.

Tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat yang diketuai oleh Cikgu Hamaliah binti Ariffin (PK Hal Ehwal Murid).

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022