Demam Pilihanraya Kembali Lagi

Pilihanraya Majlis Pemimpin Pelajar SMK Tun Habab bakal berlangsung pada hari Isnin, 26 April 2021. Berlainan pada tahun-tahun sebelum ini, pilihanraya akan diadakan menggunakan kertas undi. Memandangkan pandemik Covid-19 masih belum reda, guru-guru, AKP dan para pelajar akan mengundi secara manual berbanding menggunakan komputer atau menggunakan sistem E-Vote.

Strategi kempen pilihanraya juga telah berubah. Calon yang bertanding berkempen menggunakan poster dan video secara digital terutamanya di media sosial.  Semoga semua calon mengikut SOP dan bersaing secara sihat. Pilihanraya ini akan diuruskan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6 yang diketuai oleh saudara Mohd Haikal bin Mahat. Sedikit perubahan mulai tahun ini,  apabila jawatan Penolong Pemimpin Pelajar turut dipertandingkan. Mereka terdiri daripada calon tingkatan 4 yang mewakili Badan Kepimpinan Pelajar SMK Tun Habab seperti Pengawas, Badan Dakwah dan Kerohanian, Duta Penggerak Digital, Pustakawan dan Students Leader Board (SLB).

Barisan calon Ketua Pemimpin Pelajar yang bertanding ialah

  1. Ketua Pelajar SLB, Mohd Haikal bin Bustamam (5 Al Biruni)
  2. Ketua Pengawas, Balqis Humaira binti Mohd Said (5 Al Alusi)
  3. Ketua Pengawas BADAR, Mohd Aimal Mukmin bin Jamaludin (5 Al Alusi)
  4. Ketua Pengawas Pustakawan, Auna Maisarah binti Mohd Rafizan (5 Al Farabi)
  5. Ketua DPD, Muhammad Fairuz Iskandar bin Zulkarnain (5 Al Alusi)

Manakala calon-calon bagi Penolong Ketua Pemimpin Pelajar ialah :

  1. Wakil DPD, Muhammad Afeeq Haikal bin Zakaria (4 Al Khindi)
  2. Wakil Pengawas, Chia Wee Yi (4 Al Biruni)
  3. Wakil SLB, Siti Zulaikha binti Hassan (4 Al Biruni)
  4. Wakil Pustakawan, Muhammad Nazrul bin Mohd Nazri
  5. Wakil BADAR, Abdul Hakim bin Abdul Aziz

Semoga semua guru, AKP dan pelajar dapat memilih pemimpin yang mempunyai kredibiliti dan integriti  serta komited melaksanakan tugas sepanjang tahun 2021.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022