SMK Tun Habab Menang Penyertaan Cabaran 3 Minit STEM Terbanyak

Penyampaian Hadiah Cabaran 3 Minit STEM anjuran bersama MOSTİ, UTM, JPNJ dan PPSMJ. Pihak sekolah sangat berbesar hati menerima kunjungan dari wakil Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr. Nor Hasniza Ibrahim, Dr. Noor Dayana Abdul Halim dan Dr. Chuzairy Hanri untuk menyampaikan hadiah kemenangan kepada pengetua SMK Tun Habab, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil bagi kategori:

  • Penyertaan Terbanyak
  • Pemenang Pertama dan Kedua Roket STEM Menengah Rendah
  • Pemenang Kedua Payung Terjun Menengah Atas
  • Pemenang Kedua Payung Terjun Menengah Rendah
  • Pemenang Ketiga Periuk Solar Menengah Rendah.

Terima kasih banyak diucapkan kepada Dr Niza, Dr Dayana dan Dr Chuzairy kerana sudi berkunjung ke sekolah kami. Terima kasih juga kepada guru pembimbing, Cikgu Mawar Husna binti Jasimin dan guru-guru mata pelajaran Sains. Semoga kolaborasi Glorious Tun Habab dan UTM berpanjangan selepas ini dan dirahmati Allah SWT.

Tahniah kepada semua pelajar yang menyertai Pertandingan Cabaran 3 Minit STEM ini.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022