Program Tadarus Al Quran dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan ini bermula 14 April 2021. Setiap kelas telah dibahagikan dengan beberapa juzuk.
PELAKSANAAN TADARUS SEPANJANG BULAN RAMADHAN BAGI SESI PAGI
📍Pelajar dikehendaki membawa tafsir quran masing-masing.
📍Dilaksanakan di kelas masing-masing pada waktu rehat di tempat duduk masing-masing mengikut SOP yang telah ditetapkan.
📍Guru mata pelajaran sebelum rehat diminta mengawasi pelajar selama 10 minit dan 10 minit berikutnya akan diawasi oleh guru mata pelajaran berikutnya.
Mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala urusan dan menerima segala amal ibadat kita di bulan yang mulia ini.. Aaminn..