Ikon Pengawas Peringkat Negeri Johor

Tahniah kepada saudara Mohamad Syahfiz Haiqal bin Mohd Syahmi kerana telah dianugerahkan sebagai Ikon Pengawas peringkat negeri Johor.

Hadiah dan sijil telah diterima oleh Cikgu Nurizzati binti Taib (yang mewakili penerima) di Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Saudara Mohamad Syahfiz merupakan pengawas yang aktif dalam akademik dan kokurikulum. Beliau banyak mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan Taekwondo di peringkat daerah hingga peringkatan antarabangsa.  Terima kasih kepada Cikgu Hamaliah binti Ariffin (PK Hal Ehwal Murid), Cikgu Nurizzati dan Cikgu Roslina kerana membantu menyediakan dokumen pencalonannya.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022