Kembara Nostalgia : Cikgu Baba Bakal Bersara

Satu majlis ringkas telah diadakan pada 30 April 2021 di Dewan Seri Tun Sri Lanang untuk meraikan Tuan Haji Baba bin Ismail ke SMK Tun Habab sempena lawatan sebelum persaraan. Majlis dimulakan dengan jamuan ringan. Diikuti dengan ucapan aluan daripada tuan pengetua, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil dan ucapan daripada Tuan Haji Baba bin Ismail.  Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata dan sebagai tanda kenangan, beliau telah menanam Pokok Durian Belanda di Taman Sains.

Tuan Haji Baba merupakan Penyelia Petang pada tahun 1997 hingga 2003. Kemudian dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum sebelum beliau berpindah ke SMK Desa Cemerlang. Kemudian beliau berkhidmat ke PPD Pasir Gudang dan seterusnya ke Jabatan Pendidikan Negeri Johor sebagai Ketua Penolong Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD. 

Turut hadir pada majlis ini ialah Encik Mohd Zain bin Husin (Penolong Pengarah
Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD) dan Encik Adharizam bin Adanan (Penolong Pengarah
Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD) dan beberapa orang pegawai pendidikan daerah Kota Tinggi.

Tuan Haji Baba akan bersara wajib mulai 7 April 2021. Semua warga SMK Tun Habab mengucapkan selamat bersara.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022