Tahniah Cikgu Noorazlizawatie Ikon Guru 2020

Naib Johan Anugerah PembestarianSekolah Tahun 2018

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Noorazlizawatie binti Ahmad kerana telah menerima anugerah Ikon Guru Duta Penggerak Digital bagi tahun 2020. Ikon Guru ini adalah anugerah kepada guru yang telah banyak mendidik dan membimbing pelajar dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Sebelum itu Cikgu Noorazlizawatie telah menjenamakan semula Briged Bestari pada tahun 2016. Beliau turut mengubah imej Briged Bestari dengan pemakaian seluar / kain hitam, kemeja berwarna putih, tali leher berwarna hitam, blazer yang berwarna krim dan tudung hitam (bagi perempuan).  Kemudian Briged Bestari ini telah ditukar nama dan fungsinya kepada Duta Penggerak Digital (DPD) pada tahun 2017. Kemudian DPD telah diberi pengiktirafan oleh pihak sekolah seperti pengawas mulai tahun 2018.

Turut membanggakan apabila pengerusi DPD telah dipilih menjadi Ketua Pemimpin Sekolah pada tahun 2018, Penolong Ketua Pemimpin Sekolah pada tahun 2019 dan kembali menjadi Ketua Pemimpin Sekolah pada tahun 2020 melalui pilihanraya yang diadakan.  Sehingga ini, Duta Penggerak Digital mencapai pelbagai kejayaan hingga ke peringkat antarabangsa. Tahniah diucapkan dan semoga Cikgu Noorazlizawatie akan terus cemerlang memimpin anak-anak Duta Penggerak Digital.

Terima kasih kepada pengetua SMK Tun Habab, Cikgu Zakaria bin Abd Jalil yang sentiasa memberi sokongan dan idea-idea yang kreatif kepada Unit ICT dan Duta Penggerak Digital. Terima kasih juga kepada semua barisan Guru Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) SMK Tun Habab.

Menurut Cikgu Noorazlizawatie, beliau sangat terharu dengan anugerah ini dan menganggap anugerah ini adalah kejayaan untuk semua terutamanya Unit ICT SMK Tun Habab.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022