Genta Seri Habab Mengekalkan Kebitaraan Dalam Pesta Pantun Peringkat Negeri Johor

Sekali lagi pasukan Genta Seri Habab melakarkan kejayaan dalam Pesta Pantun Peringkat Negeri Johor yang mana uniknya pada tahun ini ianya dilakukan secara atas talian berikutan Pandemik Covid 19 yang melanda negara baru baru ini. Inisiatif pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor yang terus melaksanakan pelbagai pertandingan secara atas talian memberi ruang dan peluang kepada anak anak pelajar untuk mengaplikasi pembelajaran tentang sastera melayu dalam seni berpantun. Disertai oleh 5 orang pelajar iaitu Mohamad Taufiq bin Basran dari Tingkatan 5 Al Khawarizmi, Fakhrul Aiman bin Zul Azmi daripada 2 Al Farabi, Hariz Hakimi bin Jasri daripada 2 Al Alusi, Afiqah Izzati binti Mohammad Zaim daripada kelas 2 Al Biruni dan Muhammad Adam Mukhriz bin Ramli dari 1 Al Biruni. Pasukan Genta Seri Habab berjaya merangkul Johan dalam pertandingan kali ini. Semoga kejayaan ini memberi inspirasi kepada untuk terus mengaplikasikan sastera melayu dalam kehidupan seharian.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022