Penyampaian Cenderamata dan Sijil

Pada 15 Oktober 2020 pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Tinggi telah sudi hadir menyampaikan cenderamata dan sijil penghargaan kepada pihak sekolah atas keterlibatan dalam 2 pertandingan sempena Hari Kanak Kanak Kebangsaan anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor. Terima kasih kepada Encik Azrol dan Puan Norhafizah kerana sudi menyampaikan sijil kepada pengetua SMK Tun Habab, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil.

SMK Tun Habab telah menghantar 1 penyertaan untuk Bicara Berirama dan 3 penyertaan untuk Lagu Puisi sempena pertandingan tersebut.
Untuk pertandingan Bicara Berirama membawakan tema Kenangan Zaman Kanak-kanak seramai 20 orang pelajar daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 menyertai pertandingan tersebut. Manakala untuk Lagu Puisi 3 kumpulan dipertaruhkan dengan 3 lagu yang dibawakan iaitu :

Kumpulan A:
Lagu Penantian
Mohamad Taufiq bin Basran
Noor Hakim Ramzee bin Abd Rheman
Mohd Faris bin Ab Razak
Muhammad Azam Hakimi bin Yusri

Kumpulan B:
Lagu Tetamu Senja
Muhammad Zikry Aniq bin Mohd Zain
Mohamad Aidil Afiq bin Mohd Akmal
Mohamad Ariff Fauzan bin Abdullah
Fakhrul Aiman bin Zul Azmi

Kumpulan C:
Lagu Doa
Raja Muhammad Farisdanish bin Raja Muhammad Putra
Mohamad Adam bin Riezal
Muhammad Hazziq bin Mohd Helal
Muhammad Aqil Zahin bin Hairullah

Keputusan untuk pertandingan dijangkakan di umumkan pada 17 Oktober 2020. Mohon doakan kejayaan Glorious Tun Habab dalam semua pertandingan yang disertai.

*Artikel ini ditulis oleh Cikgu Nurashikin binti Ishak

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022