Gerobok Rezeki Untuk Dikongsi

Pada 4 Oktober 2020, Bahagian Hal Ehwal Murid yang diketuai oleh Cikgu Hamaliah binti Ariffin (PK Hal Ehwal Murid) dan disokong oleh pengetua SMK Tun Habab, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil telah mengadakan projek Gerobok Rezeki. Penyelaras program, Cikgu Norhafizah binti Ismail dan Ustazah Nurhidayah binti Amdan telah diberi kepercayaan untuk menguruskan projek ini. 

Tujuan projek ini adalah untuk membantu para pelajar B40 yang terjejas pendapatan keluarga disebabkan oleh PKP.  Mereka boleh mengambil makanan/minuman di Gerobok Rezeki pada waktu rehat. Lokasi Gerobok Rezeki adalah di kantin sekolah. gerobok Rezeki ini menerima sumbangan daripada pelbagai sumber iaitu guru, staf sokongan, pelajar dan ibu bapa serta organisasi/individu luar.

Sekiranya ada ibu bapa mahu pun organisasi luar yang mahu memberi sumbangan dalam projek Gerobok Rezeki boleh menghubungi Ustazah Nurhidayah binti Amdan melalui telefon sekolah, 07-8831026. Semoga dikurniakan rezeki yang berkat kepada semua penyumbang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *