Haikal Mahat YDP MPPT6 Sesi 2020/2021

Majlis Pengumuman Pilihanraya MPPT6 Sesi 2020/2021 telah diadakan pada hari yang sama dengan pilihanraya yang dijalankan iaitu 1 Oktober 2020.

Tepat jam 11.30 pagi, Muhammad Haikal bin Mahat telah diumumkan sebagai Yang DiPertua MPPT6 bagi sesi yang baru ini. Terdahulu, pengetua SMK Tun Habab, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil telah mengumumkan para pemenang mengikut jawatan masing-masing. 

Majlis diakhiri dengan sesi penggambaran dengan MPPT6 yang baru dan lama. Tahniah dan semoga barisan MPPT6 yang baharu ini dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang dalam tadbir urus pelajar tingkatan 6.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022