Pertandingan E-Sports KEJORA Challenge Peringkat Negeri Johor

Pertandingan E-Sports KEJORA Challenge 2020 telah diadakan pada 26 September 2020 di SMK Tun Habab. Pertandingan E-Sports ini adalah merupakan julung kali dianjurkan oleh SMK Tun Habab dengan kerjasama dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Duta Penggerak Digital Glorious Tun Habab telah diberikan kepercayaan untuk mengendalikan pertandingan ini sepenuhnya dan mendapat penajaan penuh daripada Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA). 

Pertandingan dibuka kepada semua peserta daripada negeri Johor dan dibuka hanya untuk Sekolah Menengah sahaja.  24 pasukan telah mendaftar untuk bertanding bagi kategori PUBG dan 12 pasukan untuk kategori Mobile Legends. 

Berikut adalah keputusan rasmi Pertandingan E-Sports KEJORA Challenge 2020.

Kategori PUBG

Johan : SMK Dato Abdul Rahman Yassin (Wang Tunai RM600)

Naib Johan : SMK Pasir Putih (Wang Tunai RM400)

Ketiga : SMK Lenga (Wang Tunai RM300)

 

Kategori Mobile Legends

Johan : SMK Aminuddin Baki (Wang Tunai RM600)

Naib Johan : SMK Tun Habab (Wang Tunai RM400)

Ketiga : SMK Nusa Damai (Wang Tunai RM300)

Tahniah kepada semua pasukan yang bertanding. semoga pertandingan ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang sekiranya terus mendapat penajaan daripada KEJORA atau pihak-pihak swasta yang berminat.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022