Pendaftaran Tingkatan 6 STPM 2021

Pendaftaran Tingkatan 6 Semester 1 STPM 2021 akan berlangsung pada 15 Julai 2020 di Dewan Seri Tun Habab pada jam 9.00 pagi. Bagi pelajar yang menerima tawaran sila bawa dokumen yang diperlukan. Dokumen diperlukan (Asal & Salinan yang disahkan) :
1. Surat Tawaran
2. Keputusan SPM 2019
3. Kad Pengenalan
4. Sijil Kelahiran
5. Sijil berhenti sekolah

Anda diminta untuk membawa wang pendaftaran RM50.00.  Sila hadir pendaftaran dengan berpakaian kemas dan sopan. Pakaian smart casual dan berkasut bagi pelajar lelaki dan berpakaian sopan bagi pelajar perempuan (pelajar muslim mestilah memakai baju kurung dan pelajar yang bukan muslim hendaklah memakai pakaian smart casual).

Pelajar perlu mengikut SOP yang telah disediakan oleh pihak sekolah dengan mengimbas suhu di pintu pagar masuk sekolah, catatkan nama dan rekod suhu menggunakan aplikasi QR Code yang diberikan.

Ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan masuk KECUALI jika ada kes-kes khas. Jika ibu bapa / penjaga dibenarkan masuk, mereka perlu untuk mengimbas suhu dan daftar menggunakan aplikasi QR Code MySejahtera. Jangan lupa untuk memakai pelitup muka (sila bawa sendiri). 

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022