Pembukaan Semula Sesi Persekolahan 15 Julai 2020

Maklumat ini kepada semua ibu bapa / penjaga pelajar . 

1. Sesi persekolahan akan dibuka semula pada 15 Julai 2020 iaitu pada hari Rabu bagi sesi persekolahan untuk tingkatan 1 hingga 4.

2. Waktu pembelajaran bermula daripada jam 7.20 pagi hingga 1.10 tengah hari (bagi sesi pagi) dan 1.50 tengah hari hingga 6.40 petang (bagi sesi petang).

3. Murid digalakkan hadir ke sekolah seperti biasa bermula 6.45 pagi hingga 7.15 pagi sebelum sesi pembelajaran sesi pagi bermula dan pelajar sesi petang digalakkan hadir bermula 12.30 tengah hari hingga 1.00 tengah hari.

4. Murid sesi petang dikehendaki terus masuk dan berkumpul di dalam dewan dan tidak dibenarkan berada di surau, kantin atau di tempat-tempat lain.

5. Ibu bapa / Penjaga dikehendaki mengambil murid pada waktu pulang secepat mungkin setelah tamat waktu pembelajaran selewat-lewatnya 2.30 petang bagi sesi pagi dan 6.50 petang bagi sesi petang.

6. Murid dinasihatkan supaya memakai pelitup muka [face mask] dan melakukan pensanitasi tangan [hand sanitizer] dari rumah. Murid juga digalakkan memiliki mini hand sanitizer peribadi untuk kegunaan sendiri.

7. Bagi memastikan kemudahan di dalam kelas dalam keadaan bersih, murid dikehendaki memiliki kain pengelap meja masing-masing kerana meja perlu dibersihkan sebelum digunakan untuk pembelajaran.

8. Murid yang bergejala seperti demam, batuk, selesema dan sakit tekak tidak perlu hadir ke sekolah dan perlu mendapatkan rawatan doktor, kemudian menyerahkan surat sakit daripada doktor kepada guru tingkatan.

9. Semua murid akan diambil bacaan suhu badan dan murid bacaan suhu badannya melebihi 37.5° akan diminta dibawa pulang oleh ibu bapa / penjaga.

10. Ibu bapa/ penjaga disarankan mengingatkan anak-anak mereka supaya sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dan menjaga kesihatan dan mematuhi penjarakan sosial seperti mana yang telah ditetapkan.

11. Murid dibenarkan untuk solat di musolla secara bersendirian tetapi perlu membawa kelengkapan ibadat sendiri seperti telekung dan sejadah.

12. Murid hanya dibenarkan membeli makanan pada waktu rehat sahaja.

13. Pada waktu rehat, murid akan makan di dalam kelas kerana pihak kantin hanya menjual makanan yang telah sedia berbungkus.

14. Murid mesti membawa sudu dan garfu sendiri.

15. Pakaian pelajar pada hari rabu 15 Julai adalah uniform sekolah.

#kitajagakita
#kitamestimenang

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022